Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dalang bocor maklumat operasi ESSZONE diburu: PM

najibburubocorinfo

KUANTAN:Datuk Seri Najib Razak berkata ada dalang yang membocorkan maklumat pergerakan kawalan anggota keselamatan menyebabkan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina mudah menceroboh Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dan melakukan pelbagai jenayah.

Perdana Menteri berkata, berikutan itu kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mempunyai maklumat terbabit melakukan serangan pada waktu malam bagi mengelakkan pergerakan mereka dikesan seterusnya dipatahkan anggota keselamatan.

Katanya, ia termasuk kejadian terbaharu serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, malam kelmarin sehingga mengorbankan seorang anggota polis marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, manakala Konstabel Zakiah Aleip, 26, hilang, dipercayai ditawan.

Menegaskan pihak berkuasa sedang mengesan dalang membocorkan maklumat itu, Najib berkata, pihak musuh mendapat maklumat kawalan pasukan keselamatan secara mendalam yang antaranya berpunca daripada masyarakat di kawasan berkenaan yang tidak mengenali sempadan antara dua negara (Malaysia dan Filipina).

Komen


Berita Berkaitan