Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dalam gua bau wangi

gua wangi

MADINAH: Lokasi Bukit Uhud, di sini, yang menjadi antara lokasi ziarah jemaah haji Malaysia yang bakal tiba pada 27 Ogos ini, tenang dengan kehadiran peniaga tempatan menjual pelbagai buah tangan kepada pengunjung menziarah kawasan itu.

Bukit Uhud yang terletak empat kilometer dari pusat bandar Madinah turut menempatkan makam syuhadah mereka yang terkorban dalam Perang Uhud, termasuk bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abdul Mutalib.

Di lokasi ini juga terletak bukit pemanah yang menjadi lokasi tentera nabi berada ketika perang yang terkenal dalam sejarah Islam itu.

Kumpulan 25 wakil media Malaysia yang membuat liputan musim haji tahun ini dibawa petugas Tabung Haji (TH) meninjau lokasi berkenaan sebagai persediaan sebelum ketibaan jemaah haji pertama, minggu depan.

Pada kesempatan itu juga, wakil media dibawa mendaki dan diberi penerangan mengenai sejarah Bukit Uhud selain melihat dengan lebih dekat gua yang menjadi tempat nabi bersembunyi selepas cedera dalam perang berkenaan.

Dalam peperangan itu, 700 tentera Islam berdepan 3,000 tentera musyrikin Quraisy.

Penulis juga berkesempatan sampai di depan gua, selepas tiga rakan wartawan tempatan memanjat dinding batu di depan pintu gua setinggi hampir tiga meter sebelum merakam keadaan di dalam gua.

Alhamdulillah, penulis bersyukur semuanya berjalan dengan baik sebelum rakan media menuruni bukit selepas hampir 30 minit berada di bukit itu untuk kembali semula ke pusat bandar Madinah.

Wartawan NTV7 Mohd Redzuan Manap yang memasuki gua itu mengakui teruja dapat memasuki gua yang terpahat kukuh dalam sejarah Islam itu.

“Berdasarkan keadaan di dalam gua itu, ia boleh dimasuki dua individu secara mengiring pada satu-satu masa selain sekali sekala dapat menghidu bau wangi,” katanya.

Malah, Mohd Redzuan berkata, pengalaman itu sungguh bermakna walaupun terpaksa berhati-hati ketika mendaki selain memanjat benteng secara perlahan-lahan di depan pintu gua itu.

Komen

Berita Berkaitan