Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dakwaan Warga Labuan Dalam Industri Minyak & Gas Di Siasat

Datuk Rozman Isli

 

LABUAN – Dakwaan bahawa warga Labuan yang bekerja dalam industri minyak dan gas tidak diberi layanan adil akan disiasat dengan teliti. 

Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata isu tersebut dibangkitkan pada sidang Parlimen hari ini.

“Terdapat dakwaan anak tempatan yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas di sini dilayan secara tidak adil dan kebanyakan mereka selalunya menduduki senarai teratas untuk diberhentikan serta jarang mendapat peluang untuk mengisi kekosongan jawatan,” katanya kepada Bernama.

Rozman yang juga pengerusi Perbadanan Labuan, berkata beribu-ribu belia Labuan, bukan sahaja yang bekerja dalam industri minyak dan gas, tetapi juga perniagaan lain, terjejas oleh kemelesetan ekonomi di pulau ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dalam jawapannya kepada Rozman semasa persidangan Dewan Rakyat, berkata siasatan akan dibuat terhadap laporan yang diterima daripada anggota Parlimen itu.

Kata Ismail, kementerian sedar tindakan mengurangkan pekerja tidak dapat dielakkan kerana syarikat terjejas mengalami kekurangan aktiviti atau penutupan operasi perniagaan.

Ismail berkata kerajaan memperkenalkan skim insurans pekerjaan bagi melindungi kebajikan pekerja yang ditamatkan perkhidmatan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan