Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DAKWAAN PELAKON HAMPIR JADI MANGSA CULIK TIDAK BERASAS: KOMANDER ESSCOM

LAHAD DATU: ESSCOM kesal dengan kenyataan tidak berasas oleh pelakon, Hairul Azreen yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun ketika menjalani penggambaran filem PASKAL di lokasi Pengkalan Hadapan atau sea basing pelantar Tun Sharifah Roziah di perairan Semporna.

“Tindakan undang-undang boleh diambil atas sebab menimbulkan kenyatan tidak benar serta mendatangkan kegusaran masyarakat dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali di kawasan ESSZone,” kata Komander ESSCOM DCP Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan hari ini.

Hazani (gambar) membuat kenyataan tersebut merujuk kepada dakwaan Hairul yang disiarkan sebuah tabloid kebangsaan dalam laporan bertajuk ‘Lanun nak culik kami berdua!’ pada 28 Ogos.

“Kenyataan pelakon ini juga amat mengelirukan walaupun ianya mungkin hanya gimik promosi filem … janganlah menggunakan kenyataan ini hanya untuk menarik publisiti murahan bagi menarik minat penonton filem yang dijangka ditayangkan pada September depan,” katanya.

Menurut beliau, kenyataan pelakon filem ini tidak berasas memandangkan tiada sebarang kejadian seumpama itu yang dilaporkan sepanjang kru filem berkenaan berada di kawasan tersebut yang merupakan kawasan keselamatan ESSZone.

“Sepanjang mereka menjalankan penggambaran filem, mereka disertai dan di kawal oleh pasukan keselamatan yang terlatih (PASKAL) dan saya percaya tidak ada cubaan melakukan penculikan kepada mereka. Kenyataan tersebut telah mengundang persepsi negatif orang awam terhadap tahap keselamatan di perairan ESSZone,” katanya.

Hazani berkata setakat ini tidak ada sebarang kejadian cubaan culik atau penculikan berlaku sepanjang tahun 2017 dan 2018.

Beliau meminta semua pihak berhati-hati dalam membuat kenyataan terutamanya yang melibatkan isu keselamatan negara.

Dalam pada itu, Hairul Azreen diminta tampil membuat laporan polis agar pihak ESSCOM dapat mengambil tindakan sewajarnya tentang dakwaan cubaan penculikan tersebut.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan