Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dakwaan Misuari Pandangan Peribadi – Filipina

4:20pm 08/11/2016 Pak Roshan 676 views Isu Semasa,Mutakhir
KETUA Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari. - Foto EPA

KETUA Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari. – Foto EPA

MANILA – Dakwaan Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang mengaitkan Malaysia dengan kes penculikan merupakan pandangannya sendiri, dan bukan dari Kerajaan Filipina, kata jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar negara itu, Charles Jose pada Isnin.

Presiden Filipina, Duterte akan mengadakan lawatan dua hari ke negara ini pada Rabu.

Jose berkata, Duterte dijangka mengadakan perbincangan mengenai peranan Malaysia dalam proses damai di Mindanao semasa rundingan dua hala bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Malaysia menjadi orang tengah dalam rundingan antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Lawatan presiden itu selepas Misuari mendakwa beliau mempunyai bukti yang mengaitkan Malaysia dengan kes penculikan, malah memberi amaran bahawa ia akan mengheret para pemimpin berkaitan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

“Nur Misuari tidak bercakap bagi pihak kerajaan. Apa yang dikatakan itu adalah pandangan peribadinya,” kata Jose dalam satu taklimat media, ketika ditanya mengenai kenyataan pemimpin MNLF itu akan memberi kesan kepada lawatan presiden negara itu ke Malaysia.

Jose turut mengambil maklum mengenai kenyataan tentera bahawa ia akan meneliti dakwaan Misuari. – Philippine Daily Inquirer/mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan