Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,814

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dakwaan Minuman Fanta Ada Lemak Babi PALSU – Jakim

2:13pm 29/12/2015 Pak Roshan 27 views Aktiviti,Mutakhir

fanta

BAHAGIAN Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini menafikan penyebaran maklumat yang mendakwa minuman berkarbonat jenama Fanta mengandungi lemak babi.

Menurut Jakim, minuman berkarbonat tersebut telah memiliki sijil halal yang disahkan.

Untitled

“Viral palsu. Penjelasan, produk minuman Fanta mendapat pengesahan halal daripada Jakim.

“Rujuk direktori halal www.halal.gov.my untuk semakan lanjut,” tulis Jakim menerusi laman Facebooknya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tersebarnya sekeping gambar viral menunjukkan lima botol minuman Fanta pelbagai perisa dengan disertakan mesej menyatakan minuman itu mengandungi lemak babi.

“Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi.

“Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,”tulis mesej itu.

Semoga kenyataan daripada pihak Jakim ini memberi penjelasan kepada pengguna Islam. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan