Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dakwaan juragan diculik mencurigakan – Polis Sabah

7:15pm 06/08/2016 Pak Roshan 402 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
ABDUL Rashid pada sidang media di Tawau, hari ini. - Foto Malai Rosmah Tuah

ABDUL Rashid pada sidang media di Tawau, hari ini. – Foto Malai Rosmah Tuah

TAWAU: Polis masih menyiasat kesahihan dakwaan dua kru kapal tunda berhubung seorang tekong mereka yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata ketika menangkap ikan di perairan Kertam, Kuala Kinabatangan, dekat Sandakan, Rabu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya berikutan wujud unsur mencurigakan dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua kru yang disoal siasat mendakwa penculik meminta RM10,000 untuk membebaskan rakan mereka, selain menjelaskan ia berlaku dalam perairan Malaysia.

Katanya, dakwaan itu mencurigakan berikutan tiada bukti ia berlaku dalam perairan Malaysia kerana bot berkenaan tidak dilengkapi Sistem Pengesanan Automatik (AIS), selain kes hanya dilaporkan dua hari selepas kejadian.

“Berdasarkan keterangan mereka, pada 3 Ogos lalu jam 4 petang bot tunda berkenaan dikatakan sedang menarik pukat tunda dalam perairan Malaysia sebelum dihampiri sebuah bot pam dinaiki empat orang dengan tiga daripadanya bersenjata.

“Suspek dikatakan menghampiri bot dan membawa bot tunda berkenaan dekat satu pulau di Filipina sebelum dua mangsa diarah balik dengan dibekalkan alat Sistem Kedudukan Global (GPS).

“Kedua-dua mangsa kemudian memaklumkan kejadian kepada rakan mereka sebelum dilaporkan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan dan memberitahu yang penculik meminta RM10,000 untuk membebaskan juragan berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Semalam, polis menerima laporan berhubung kes seorang tekong sebuah kapal tunda diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Kertam, Kuala Kinabatangan, Sandakan dan insiden dilaporkan berlaku pada Rabu lalu.

Abdul Rashid berkata, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman kini berada di Sandakan untuk menyiasat lebih lanjut kes berkenaan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan