Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Daki Kinabalu 57 jam tanpa henti

daki gunung kinabalu

SHAH ALAM: Pendaki Solo Mohd Noor Mat Amin akan mencipta rekod pendakian Gunung Kinabalu sebanyak lima kali dalam masa 57 jam tanpa henti sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke-57.

Penciptaan rekod pendakian selama 57 jam itu adalah simbolik untuk menghargai pemimpin nasional dalam menerajui negara sepanjang 57 tahun kemerdekaan sehingga mencapai puncak kejayaan.

Mohd Noor berkata, dia yakin akan mencapai sasaran untuk mendaki gunung yang mempunyai puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut itu sebanyak lima kali naik dan lima kali turun dalam masa 57 jam.

“Saya begitu yakin dan bersemangat untuk mencipta rekod ini dan ia akan dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records malah saya sangat bangga untuk melakukannya kerana ia adalah simbolik kepada kemerdekaan negara.

“Sejak Jun lalu saya sudah membuat latihan intensif sekitar Lembah Klang sebagai langkah menghadapi cabaran itu nanti,” kata anak jati Terengganu itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Misi 57 tahun 57 Jam Ekspedisi Gunung Kinabalu sempena Hari Merdeka di Wisma DRB-HICOM, di sini, semalam.

Mohd Noor yang juga seorang jurugambar pernah mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu secara solo sebanyak 50 kali pada tahun 2007 sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-50.

Pendakian itu juga turut disertai oleh enam lagi peserta dari DRB-HICOM masing-masing empat daripada DRB-HICOM manakala dua lagi daripada International College of Automative (ICAM)

Semua perbelanjaan untuk program ini ditaja sepenuhnya oleh DRB-HICOM.

Menurut Pengarah Urusan DRB-Hicom Tan Sri Mohd Khamil Jamil, enam peserta itu akan mengiringi Mohd Noor untuk pendakian terakhir dan pemilihan peserta berdasarkan tahap kecergasan mereka.

Komen


Berita Berkaitan