Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Daish penggal paderi

POLIS dan petugas penyelamat di luar gereja Saint-Etienne-du -Rouvray selepas serangan itu. - Reuters
POLIS dan petugas penyelamat di luar gereja Saint-Etienne-du -Rouvray selepas serangan itu. – Reuters

Paris: Seorang paderi tua dipenggal dua lelaki yang mengelar lehernya selepas merempuh masuk ke sebuah gereja di Perancis dan menahan rahib serta anggota jemaahnya sebagai tebusan sebelum mereka akhirnya ditembak mati oleh polis.

Lima termasuk paderi, Jacques Hamel, 86, dua rahib dan dua anggota jemaahnya ditahan penyerang yang menyerbu gereja di Saint-Etienne-du-Rouvray berhampiran Rouen, Normandy pada jam 9 pagi. Seorang lagi yang dijadikan tawanan dilaporkan parah dan dirawat di hospital.

Dua penyerang itu berjaya ditumpaskan penembak tepat ketika keluar dari bangunan berkenaan yang kemudian diperiksa untuk bahan letupan. Presiden Francois Hollande berkata, dua lelaki itu mendakwa anggota Daish.

Kumpulan pengganas itu mengakui bertanggungjawab terhadap serangan melalui agensi beritanya.

Ada laporan mendakwa penyerang terbabit menjerit ‘Daish’ ketika menyerbu gereja berkenaan manakala seorang daripada mereka dilaporkan berpakaian ‘ala Islamik.’

Laporan turut mengatakan seorang penyerang berkenaan penduduk tempatan yang dipantau secara elektronik selepas dipenjarakan kerana cuba pergi ke Syria pada 2015.

Syarat jaminannya pada 2 Mac lalu membenarkan dia bebas daripada pemantauan antara jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kejadian berlaku antara jam 9 hingga 11 pagi.

Dua lelaki itu dilaporkan menjadikan lima mangsa sebagai tawanan selama hampir sejam sebelum ditembak mati.

Jurucakap kementerian dalam negeri di Paris sebelum itu mengatakan penyerang terbabit menyusup masuk ke dalam gereja melalui pintu belakang ketika upacara keagamaan pada waktu pagi.

Sumber berkata: “Ada rahib ketiga yang berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan. Polis antirusuhan tiba di tempat kejadian dalam beberapa minit.

“Paderi berkenaan diserang dulu dan lehernya dikelar.” – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan