Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dahan Melekat Di Badan, Macam Watak ‘Groot’

NGERI…seorang peserta paraglider terselamat meskipun sebatang dahan pokok tersusuk di badannya ketika dia jatuh terhempas di dalam hutan.

Ketika kejadian, Ivan Krasouski, 36, dari Belarus sedang terbang berhampiran perkampungan Loshany apabila talinya tiba-tiba tersangkut hingga mengakibatkan dia hilang kawalan.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong batang dahan berkenaan dan mengejarkannya ke hospital dalam keadaan dahan tersebut melekat di badannya.

Namun Ivan masih sempat `berposing’ ketika gambarnya dirakamkan malah dia sempat bergurau bahawa dirinya kini kelihatan seperti watak ‘Groot’ dalam filem Guardian Of The Galaxy.

Menurut Ivan, dia tidak menyedari dahan pokok pain itu tertusuk di badannya ketika jatuh dari paraglider berkenaan.

“Saya rasa lembut je, semua ok. Saya cuba bangun dan berjalan tetapi ada benda ‘memegang saya’. Saya pandang dan lihat ada dahan terlekat di situ. Saya koyak baju dan lihat dahan itu di lengan saya,’’ katanya.

Ivan cuba mencabutnya namun pasukan penyelamat melarang dia berbuat demikian kerana ia akan mengakibatkan pendarahan dan kematian. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan