Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dah reman 21 suspek

azam-baki-sprm

Kota Kinabalu : Tiga juruteknik di satu jabatan negeri ditahan reman tujuh hari, bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Ia menjadikan 21 individu termasuk ketua jabatan sama di bahagian dan daerah kini ditahan reman menerusi fasa kedua Ops Water.

Sumber yang rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, sehingga semalam, SPRM sudah merampas kira-kira RM5.9 juta daripada beberapa suspek.

“Ketiga-tiga mereka adalah Juruteknik di daerah yang berlainan di Sabah. Mereka ditahan semalam untuk membantu siasatan SPRM.

“Mereka ditahan di antara 7 dan 11.45 malam di daerah tempat masing-masing bertugas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan