Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dah jumpa mayat wanita dibaham buaya

Orang ramai berkumpul di tepi anak sungai semalam, ketika gerakan mencari wanita yang hilang dipercayai ditarik buaya. - Foto Ihsan Bomba
Orang ramai berkumpul di tepi anak sungai semalam, ketika gerakan mencari wanita yang hilang dipercayai ditarik buaya. – Foto Ihsan Bomba

Kinabatangan: Mayat wanita warga Filipina yang hilang dipercayai dibaham buaya di anak sungai Ladang Genting Mewah di sini, pagi semalam, ditemui awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Rantey Fred berkata, mayat mangsa ditemui pekerja ladang berkenaan, kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa hilang kira-kira 2.30 pagi.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik, malah tiada tanda bekas gigitan buaya.

“Mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Kinabatangan.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, Nuhaina Juhairi Uto, 22, dilaporkan hilang disyaki disambar buaya ketika sedang memungut kelapa sawit di tebing terusan dalam ladang berkenaan.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan