Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Daging berdenyut ketika hendak dipotong

DAGING lembu yang hendak dipotong Cheng.
DAGING lembu yang hendak dipotong Cheng.

China: Seorang wanita ketakutan selepas mendapati daging yang dibelinya masih berdenyut ketika dia hendak memotongnya.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Cheng hendak memotong daging berkenaan apabila menyedari ia bergerak, seolah-olah hidup.

Dia sempat merakam kejadian itu dan menyiarkan klip video itu di Internet.

“Ia kelihatan seperti masih hidup. Atau mungkin ada cacing atau sesuatu di dalamnya yang menyebabkan ia berdenyut.

“Namun, apabila memotongnya, saya tidak menemui apa-apa kecuali lapisan daging biasa,” katanya.

Pakar Jabatan Haiwan Lv Suwen berkata, daging berkenaan berdenyut kerana saraf padanya masih belum mati.

“Daging itu segar kerana ia baru disembelih. Sistem saraf utama sudah mati tetapi saraf pada otot masih hidup menyebabkan ia berdenyut,” kata Lv.

Menurut Cheng, dia membeli daging itu pada jam 8 pagi dan mula memotongnya jam 9 pagi. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan