Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DAGING BABI HUTAN DIBURU SECARA HARAM DIRAMPAS DI KENINGAU

babi
Gambar Hiasan

KENINGAU, 12 Feb : Jabatan Hidupan Liar Sabah merampas 717 kilogram daging babi hutan yang dipercayai diburu secara haram dan menahan tujuh individu semalam.

Timbalan Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata 495 kg daripada daging berkenaan dirampas pada sekatan jalan raya di Jalan Keningau–Sook kira-kira 2 pagi dan lima orang suspek ditahan.

Beliau berkata 222 kg daging lagi dirampas juga dalam sekatan jalan raya pada pukul 10 pagi di Jalan Keningau-Apin-Apin dan dua suspek ditahan.

Dua kenderaan pacuan empat roda turut ditahan dalam operasi turut melibatkan pihak polis itu, katanya.

Kesemua suspek yang berumur antara 39 hingga 51 tahun kini ditahan di bawah Seksyen 41 (2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

“Orang awam dinasihat untuk membeli daging haiwan yang dilindungi daripada premis yang mempunyai permit,” katanya dalam satu kenyataan.

Augustine juga mengingatkan penjual agar membeli daging haiwan dilindungi daripada pemburu berlesen.

Maklumat jenayah berkaitan hidupan liar boleh disalurkan melalui talian 012- 801 9289. — BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan