Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Daftarkan pekerja haram sedia ada, jangan bawa masuk pekerja Bangladesh

5:15pm 22/02/2016 Leolerry Lajius 541 views Tempatan

Datuk Francis Goh (1)

KOTA KINABALU: Pihak berwajib digesa agar memilih alternatif untuk mendaftarkan pekerja warga asing yang datang bekerja di negara ini secara haram daripada memilih untuk membawa masuk pekerja Bangladesh bagi memenuhi kekosongan pekerjaan di negara ini.

Menurut  Timbalan Pengerusi MCA Sabah,  Datuk Francis Goh Fah Shun, langkah tersebut adalah lebih baik untuk dilaksanakan daripada menambah lebih ramai jumlah pekerja asing di negara ini yang dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada rakyat dan juga negara.

“Ramai warga asing yang bekerja di negara ini yang tidak mempunyai dokumen dan bekerja  secara haram dan dengan mendaftarkan mereka usaha untuk mengesan dan mengenalpasti mereka akan lebih mudah berbanding jika tidak didaftarkan serta sebagai langkah yang jauh lebih baik daripada terus menambah bilangan pekerja asing di negara ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena majlis Momogun MCA Nite dan juga anjuran Tahun Baru Cina di Wisma Kinsabina, semalam.

Beliau juga berkata bahawa Momogun MCA bakal ditubuhkan di negeri ini pada tahun ini sebagai salah satu platform untuk membantu kaum Kadazandusun.(KDM).

“Di masa akan datang saya akan memastikan lebih banyak bantuan akan diberikan kepada KDM memandangkan ekonomi mereka jauh lebih rendah berbanding masyarakat Cina,” katanya.

Penubuhan Momogun MCA itu juga merupakan platform untuk memperkukuhkan sokongan 40% kaum KDM kepada MCA di kawasan Kepayan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan pengunjung dan juga persembahan nyanyian serta persembahan tarian naga. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan