Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Daftarkan anak OKU bagi membolehkan bakat mereka diketengahkan- Jainab

12:03am 13/04/2016 Leolerry Lajius 33 views Tempatan

KOTA KINABALU: Ibu bapa yang mempunyai anak Orang Kurang Upaya (OKU) diseru agar mendaftarkan anak mereka kepada Jabatan Kebajikan bagi membolehkan mereka mendapat bantuan dan pendidikan.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid, langkah itu adalah penting bagi membolehkan anak-anak mereka dapat mengasah bakat di samping dapat mengetengahkan bakat mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Terdapat banyak inisiatif yang telah disediakan untuk golongan OKU seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan disamping dapat mencungkil bakat mereka,”katanya ketika berucap sempena majlis perasmian kejohanan Special Olympics (SO) peringkat PDK Negeri Sabah, di kompleks sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kelmarin.

Jainab turut menyeru badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan serta seluruh masyarakat agar bekerjasama bagi membantu golongan OKU.

“Tanggungjawab untuk menjaga kebajikan golongan OKU bukan terletak pada bahu sesetengah pihak sahaja tetapi ia adalah tanggungjawab kita bersama,”katanya.

Tambah beliau, kejohanan sukan seumpama ini boleh menjadi batu loncatan kepada golongan OKU khususnya pelatih PDK untuk mengasah bakat dan kebolehan mereka.

“Pencapaian atlet SO Sabah pada kejohanan SO Kebangsaan 2014 adalah 9 emas serta menduduki tempat ke-9 dan saya berharap agar kejohanan yang akan datang pasukan dari Sabah akan mendapat pencapaian yang lebih baik, “katanya.

Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am telah meluluskan sebanyak RM1, 722, 010.00 bagi tujuan pemulihan dan latihan, bengkel perlindungan, taman didikan serta perbelanjaan alat-alat ortopedik dan pada tahun ini kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak RM1,810,010.00 bagi tujuan yang sama. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan