Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Daftar Pemilih Suku Kedua Dipamer Di 930 Tempat Bermula Esok

daftar pemilih

PUTRAJAYA– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Tahun 2/2014 bermula esok selama 14 hari di 930 tempat di seluruh negara.

SPR dalam kenyataan di sini hari ini, berkata untuk suku kedua itu yang merangkumi tempoh April hingga Jun, SPR menerima 40,715 permohonan meliputi 31,998 pendaftaran pemilih baharu dan 8,717 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

“Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi pada bulan April, Mei dan Jun 2014 dinasihatkan menyemak DPT Suku Tahun 2/2014,” kata SPR dalam kenyataan itu.

Mereka boleh membuat semakan di Pejabat Pilihan Raya Negeri, pejabat pos berkomputer (448 lokasi), kompleks/pejabat kerajaan (86 lokasi), pejabat daerah/pejabat tanah (122 lokasi), majlis daerah/perbandaran (48 tempat), dewan serba guna/rukun tetangga/balai raya/penghulu/penggawa/dewan (194 lokasi) dan lain-lain tempat di 17 lokasi.

SPR berkata jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai dalam DPT itu, mereka boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserahkan kepada pendaftar (pengarah pilihan raya negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat semasa hari bekerja dalam tempoh pameran DPT berkenaan.

Bagi pemilih berdaftar yang mahu membuat bantahan ke atas kemasukan mana-mana nama dalam DPT itu mereka boleh menggunakan Borang C dan seorang pembantah boleh membantah tidak lebih 20 orang.

Bantahan hendaklah dikemukakan kepada pendaftar (pengarah pilihan raya negeri) di kawasan terbabit pada waktu pejabat semasa hari bekerja dalam tempoh pameran DPT.

“Semasa tempoh pamaran DPT itu, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih disebabkan meninggal dunia atau lucut hak warganegara,” kata SPR.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari www.spr.gov.my atau menghubungi ibu pejabat SPR melalui 03-8885 6565 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya negeri.

Komen


Berita Berkaitan