Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Daerah Putatan bakal mendapat tambahan 500 unit rumah PPR

8:56pm 20/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 46 views Tempatan

Yahya beserta ahli parti UMNO daerah Putatan melaungkan laungan keramat 'Hidup UMNO' Yahya beserta ahli parti UMNO daerah Putatan melaungkan laungan keramat ‘Hidup UMNO’

PUTATAN- Sejumlah 500 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
(PPR)bakal ditambah untuk masyarakat setempat daerah ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin.

Menurut Yahya, bilangan pemohon bagi PPR pada ketika ini adalah melebihi dari bilangan unit rumah yang telah siap dibina.

“Kita akan berusaha untuk menambahkan bilangan rumah PPR disamping mendapatkan kawasan tanah yang sesuai untuk dibina rumah PPR itu.

“Di kawasan Putatan ini, kita mempunyai masalah kekurangan tanah untuk membina rumah. Oleh itu, kita akan cuba untuk mendapatkan tanah supaya lebih banyak unit- unit rumah akan dibina khusus untuk masyarakat daerah ini,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas majlis perasmian serentak persidangan cawangan- cawangan UMNO dan pelancaran Karnival Sukan UMNO bahagian Putatan tahun 2016 di Dewan Majlis Daerah Putatan, disini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata setiap permohonan rumah PPR akan dianalisa agar pemohon yang layak untuk mendapatkan rumah tersebut tidak tercicir.

“Terdapat jawatankuasa yang akan menganalisa setiap permohonan bagi
perumahan PPR itu, dan kita akan memastikan hanya mereka yang layak sahaja boleh mendapatkan rumah PPR tersebut,” ujarnya.

Tambahan beliau, rumah PPR itu adalah untuk mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri, mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan menumpang di rumah keluarga.

Katanya, sebanyak 1196 unit rumah siap dibina untuk didiami untuk mereka yang layak mendapatkan rumah PPR itu. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan