Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Daerah Mengundi Baharu Diwujud Di Sabah – SPR

6:09pm 16/02/2016 Pak Roshan 7126 views Mutakhir,Politik

MAP SABAH

KOTA KINABALU : Beberapa daerah mengundi baharu diwujudkan di Sabah bagi memudahkan pengurusan pilihan raya dan pendaftaran pemilih.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR telah membuat semakan semula ke atas daerah-daerah mengundi di negeri ini, berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada 26 Nov 2014.

“Terdapat juga lokaliti yang telah diperbetulkan kedudukannya mengikut lokasi sebenar di lapangan dengan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi terkini.

“Keputusan semakan semula daerah-daerah mengundi di Sabah itu telah diwartakan dalam Notis Mengenal Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Bagi Negeri Sabah oleh SPR pada 12 Feb 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Ghani berkata pengundi berdaftar di negeri ini boleh membuat pemeriksaan daerah dan pusat mengundi masing-masing, mulai esok (17 Feb) hingga 1 Mac.

Beliau berkata maklumat lanjut mengenai tempat pemeriksaan atau semakan daerah dan pusat mengundi boleh diperoleh menerusi portal rasmi SPR di www.spr.gov.my atau hubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-88927000 atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah di talian 088-488588.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan