Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dadah RM3.7b

DADAH yang dirampas dalam serbuan itu.
DADAH yang dirampas dalam serbuan itu.

Sydney: Agensi penguatkuasaan undang-undang Australia merampas methamphetamine bernilai Aus$1.26 bilion (RM3.7 bilion) disembunyikan dalam kotak bekalan pelapik bra silikon import dipercayai rampasan terbesar dadah di negara itu.

Polis dalam satu kenyataan berkata, empat pemegang pasport Hong Kong ditahan di Sydney bulan lalu berhubung 720 liter dadah yang turut dikenali sebagai ais itu dari China.

Cecair itu boleh menghasilkan 500 kilogram syabu bermutu tinggi, kata Komander Polis Chris Sheehan.

Selain itu, polis turut merampas dua kilogram dadah dalam bentuk hablur.

Menteri Kehakiman Michael Keenan berkata, operasi itu dijalankan menggunakan maklumat dikumpul melalui kerjasama baru antara Polis Persekutuan Australia dan Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China. –  AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan