Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,152

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dadah: Polis tahan dua lelaki tempatan

11:51am 10/01/2017 Pak Roshan 613 views Jenayah,Mutakhir

gambar hiasan

KUDAT: Polis di sini menahan dua penduduk tempatan kerana disyaki memiliki dadah lebih kurang jam 7.30 malam di Kampung Lajong dekat sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kudat Supritendan Polis Douglas Nyeging Taong berkata, dua penduduk tempatan ditahan semasa sepasukan anggota polis IPD Kudat membuat pemeriksaan sebuah kenderaan Isuzu DMAX yang dipandu lelaki dewasa bersama seorang lelaki penumpang.

Katanya, semasa ditahan pemandu kenderaan tersebut telah bertindak agresif dengan cuba untuk melarikan diri tetapi kenderaan yang dinaiki oleh kedua-dua suspek tadi terbabas dibahu jalan.

“Semasa pemeriksaan suspek bertindak agresif dengan cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan, suspek mengalami kecederaan kecil di dahi kanan dan berjaya ditahan,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Katanya, pemeriksaan lanjut telah dibuat keatas kenderaan yang di naiki oleh kedua-dua suspek telah menjumpai satu bekas botol kecil berwarna hijau muda yang berisi plastik pelbagai saiz, didalamnya mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, yang dijumpai diruang pemegang pintu hadapan sebelah kiri kenderaan tersebut yang dianggar bernilai RM1,200.

Hasil siasatan awal suspek mengaku barang kes yang dijumpai adalah miliknya. Kedua- dua suspek dan barang kes dibawa ke Pejabat Narkotik untuk siatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu kata Douglas, dalam operasi berasingan pada pada hari yang sama lebih kurang jam 4.00 pagi pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki warga negara asing kerana memiliki dadah jenis heroin di sebuah rumah di Tanjong Kapor.

Katanya, lelaki tersebut ditahan dibawah Seksyen 12 (1)© ADB.

Empat lelaki turut ditahan dibawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dalam operasi itu kerana positif dadah. – NST

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan