Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DADAH : Polis Kudat tahan tiga lelaki

8:07am 24/11/2016 Pak Roshan 71 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KUDAT: Polis di sini menahan tiga lelaki yang dipercayai pendatang asing tanpa izin kerana disyaki memilik dadah.

Ketua Polis Daerah Kudat Supritendan Polis Douglas berkata, ketiga-tiga suspek yang tidak mempunyai dokumen itu ditahan pada 21 November jam lebih kurang 10 malam, di Jeti Angkasa Lama di sini oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kudat yang menjalankan penugasan “Ops Tapis”.

Katanya, bertindak menahan tiga lelaki berkenaan kerana dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan awal terhadap tiga lelaki berkenaan polis tidak menjumpai apa-apa barang,” katanya kepada media kelmarin.

Walau bagaimanapun pemeriksaan lanjut telah dijalan di kawasan tempat duduk tiga lelaki berkenaan dapati satu uncang kain warna merah jenama MIKIHOUSE yang terletak di tempat duduk mereka.

“Pemeriksaan telah dijalankan keatas uncang kain tersebut didapati terdapat empat peket plastik berlainan saiz, tiga peket mengandungi plastik pelbagai saiz warna cerah yang telah di ubahsuai berisi ketulan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, dan satu lagi peket plastik yang mengandungi ketulan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dianggar 8.65 gram bernilai kira-kira RM1,600,” jelas Douglas.

Beliau berkata, tangkapan dan dadah yang dirampas dibawa ke pejabat BSJN IPD Kudat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam masa yang sama Douglas menasihatkan masyarakat di daerah ini agar jangan mudah terjebak dengan gejala dadah.

Beliau turut meminta kepada masyarakat di sini agar sentiasa bekerjasama dengan pihak polis mencegah membenteras pengedaran dadah disamping mengawasi pergerakan anak-anak. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan