Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dadah kepala kuda

9:24am 04/07/2016 Pak Roshan 4 views Global
KEPALA kuda yang dirampas mengandungi kokain.

KEPALA kuda yang dirampas mengandungi kokain.

Wellington: Polis New Zealand semalam merampas kokain bernilai NZ$14 juta (RM40 juta) yang disorok dalam arca kepala kuda gergasi bertatahkan permata palsu dari Mexico.

Rampasan terbesar kokain di New Zealand itu dikaitkan dengan pembinaan semula bandar Christchurch yang rosak teruk dalam gempa bumi pada 2011, serta pasaran Australia.

Detektif Superintendan Virginia Le Bas dari unit jenayah terancang berkata, pihaknya masih menyiasat penerima dadah itu.

“Ini kemenangan besar untuk New Zealand. Kami sangat bangga berjaya mengesan penyeludupannya pada peringkat awal,” katanya.

 Dadah seberat 35 kilogram itu diterbangkan dari Mexico ke Auckland sebelum dikesan di dalam arca kepala kuda itu, Mei lalu.

Hasil siasatan enam minggu membolehkan seorang rakyat Mexico dan Amerika Syarikat ditangkap di Auckland pada hujung minggu lalu ketika mereka hendak berlepas ke Hawaii, manakala seorang lagi rakyat Mexico ditahan di Christchurch.

Polis percaya sebahagian dadah itu sepatutnya dihantar ke Christchurch yang kini dipenuhi buruh dari seluruh dunia yang membantu proses pembinaan semula.

Virginia berkata, segelintir orang di Christchurch menggunakan dadah itu dengan proses pembinaan semula melonjakkan permintaan untuk bahan haram.

Penyelidik dadah dari Universiti Massey, Chris Wilkins berkata, dadah itu juga mungkin hendak dihantar ke Australia, tempat ia mendapat permintaan tinggi di bandar seperti Sydney dan Melbourne. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan