Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dadah disembunyi dalam bra wanita

LABUAN – Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana menyeludup dadah di sini awal pagi hari ini.

Mereka yang turut didapati positif syabu kini direman.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Adzhar Othman berkata 18 paket dadah sintetik seberat 31.05 gram didapati disembunyikan di dalam bra wanita berkenaan.

Beliau berkata turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM13,607 yang dipercayai hasil dari jualan dadah.

Adzhar berkata dua lelaki terbabit yang berumur 24 dan 29 tahun adalah dari Kg Lajau dan Kg Sg Bedaun di sini sementara wanita berusia 30 itu dari Beaufort.

“Mereka ditahan dalam operasi cegah jenayah di sepanjang Jalan Kinabenua kira-kira 1 pagi,” katanya. — Bernama

Syabu1

Komen


Berita Berkaitan