Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dadah dalam ikan kering

9:13am 07/03/2016 Pak Roshan 242 views Global
IKAN kering yang disumbat dengan dadah.

IKAN kering yang disumbat dengan dadah.

New York: Seorang wanita warga Ghana yang ditangkap kerana menyeludup heroin dengan memasukkannya ke dalam ikan kering dipenjara lebih dua tahun, semalam.

Rose Amanor, 64, ditangkap oleh pegawai di Lapangan Terbang John F Kennedy di sini bersama tiga kilogram dadah itu selepas dia dipilih secara rambang untuk menjalani pemeriksaan setibanya dengan pesawat dari Amsterdam di lapangan terbang itu Februari tahun lalu.

Hukuman penjara 27 tahun itu bagaimanapun adalah lebih pendek daripada enam tahun setengah yang dipohon oleh pendakwa raya.

Akhbar New York Daily News melaporkan, Rose, dalam keterangannya kepada mahkamah, menyalahkan anaknya kerana memujuknya membawa dadah itu ke Amerika Syarikat.

“Saya merayu kepada anda supaya mengasihani saya bagi membolehkan saya boleh pulang ke pangkuan keluarga dan menghabiskan sisa hidup saya bersama mereka,” kata Rose kepada hakim, menerusi seorang jurubahasa.

Bagaimanapun, hakim menegurnya kerana mereka pelbagai cerita mengarut.

“Sukar bagi saya untuk mempercayai anda tidak tahu apa yang anda lakukan.

“Anda tidak menghormati undang-undang. Anda duduk di sini dan mereka cerita mengarut,” kata hakim Eric Vitaliano.

Hakim juga menolak rayuan wanita itu supaya mengambil kira penahanannya selama 13 bulan sejak ditangkap.

Dia akan diusir pulang ke negara asalnya sebaik bebas dari penjara. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan