Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dadah dalam botol minyak attar

minyak attar

KUALA LUMPUR: Polis membongkar satu sindiket tempatan menjual dadah sintetik jenis ekstasi berbentuk cecair dalam botol kecil minyak ‘attar’ di kelab-kelab malam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kebiasaanya dadah ekstasi dalam bentuk pil dan ini adalah kali pertama ia dikesan dijual dalam bentuk cecair bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kumpulan itu mengedar dadah di ibu negara dan Negeri Sembilan. Kali ini mereka juga mencuba mengedar ekstasi cair dalam botol kecil minyak wangi agar pihak berkuasa tidak mengesyaki ianya adalah dadah,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata kejayaan membongkar kaedah baru itu dengan tertangkapnya kumpulan pengedar iaitu sembilan lelaki dan seorang wanita berumur antara 21 dan 37 tahun, dalam operasi bermula sejak Mac hingga 7 Jun lepas di ibu negara dan Negeri Sembilan.

Polis turut merampas dadah bernilai RM8 juta terdiri daripada 392,000 pil eramin 5, 2,325 pil ekstasi, 1.4 kg dadah ketamin, 88 gram serbuk syabu, 38 gram serbuk ecstacy, 835 ml cecair ekstasi dalam botol minyak ‘attar’ di dalam sebuah kereta di Jalan Labu, Seremban dan di sebuah pangsapuri yang dijadikan stor di Kampung Cheras Baru, di sini Sabtu lepas.

Noor Rashid berkata ekstasi cair itu dicampurkan dalam minuman pembelinya dan ianya mudah dibuang bagi menghilangkan bukti jika diserbu polis.

Suspek-suspek ditahan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Hasil soal-siasat, kata beliau, polis mendapati dua yang ditahan adalah ketua kumpulan dadah itu dan mereka ditahan ketika menunggu pelanggan di dalam kereta berdekatan sebuah restoran di Jalan Labu, Negeri Sembilan pada 7 Jun lepas.

Komen


Berita Berkaitan