Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dadah: 2 Rakyat M’sia Ditahan Di Pusat Pemeriksaan Woodlands

dadah

SINGAPURA – Dua rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki menyeludup lebih 9 kilogram dadah jenis heroin di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Satu kenyataan bersama oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata penahanan mereka dibuat semasa pegawai ICA menjalankan pemeriksaan rutin ke atas kenderaan yang berdaftar di Malaysia yang dinaiki mereka pada 7.30 pagi semalam.

Kenderaan itu dipandu seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 28 tahun. Hasil pemeriksaan, pegawai berkenaan menemukan paket berisi serbuk berwarna coklat dipercayai heroin di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Pegawai CNB kemudian dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Dua puluh paket heroin, dengan anggaran berat 9,270 gram yang bernilai lebih daripada S649,000 (S1-RM2.64) di pasaran gelap, dirampas.

Pegawai CNB kemudian menjalankan siasatan susulan dan menahan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur di kawasan berdekatan Woodlands Town Garden yang dipercayai bersubahat dengan lelaki rakyat Malaysia yang berumur 28 tahun itu.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan