Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cuti Aidilfitri, Kaunter Imigresen Tutup Sehingga Ahad

9:40pm 05/07/2016 Pak Roshan 31 views Mutakhir,Nasional

imigresen-kaunter

PUTRAJAYA:  Semua kaunter Ibu Pejabat Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara, termasuk cawangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), akan ditutup dan tidak beroperasi
bermula esok bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan JIM hari ini, Pejabat Imigresen dan Pejabat Pengeluar Pasport bagi negeri Kelatan, Terengganu, Kedah dan Johor akan kembali beroperasi pada Ahad ini.

Kaunter di ibu pejabat JIM di Putrajaya, JIM Negeri serta JIM cawangan UTC Kedah dan Melaka akan ditutup mulai esok sehingga Ahad manakala kaunter JIM di Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan cawangan JIM di UTC Johor, Sentul, Keramat, Sabah, Pudu Sentral akan ditutup bermula esok sehingga Sabtu.

“Kaunter JIM di UTC Kuching, Sibu, Miri dan Pahang akan ditutup bermula esok
sehingga Jumaat,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan JIM di talian 03-88801555 / 88801556 untuk sebarang pertanyaan. -BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan