Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Curi tengkorak untuk dijadikan ubat

8:54am 05/11/2015 Pak Roshan 80 views Global
FU (tengah) menunjukkan kubur yang digalinya untuk mendapatkan tengkorak.

FU (tengah) menunjukkan kubur yang digalinya untuk mendapatkan tengkorak.

Beijing: Seorang lelaki ditahan polis kerana mencuri tengkorak di tanah perkuburan sebelum dikisar menjadi serbuk bagi dijadikan ubat untuk anaknya yang sakit mental.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Fu dipercayai menggali beberapa kubur di sebuah kampung di daerah Jinxian di wilayah Jiangxi sejak Julai lalu.

Fu yang berusia 40-an dilaporkan mengambil tengkorak wanita yang mati 30 tahun hingga 100 tahun.

Misteri kehilangan tengkorak di tanah perkuburan itu akhirnya terungkai apabila penduduk kampung ternampak Fu membawa guni pada minggu lalu.

Penduduk yang mengesyaki sesuatu yang mencurigakan menghubungi polis yang kemudian menahan Fu.

Ketika pemeriksaan polis menemui tengkorak dalam guni yang dibawa Fu dan lelaki itu mengaku mencuri tengkorak di kubur berkenaan.

Fu berkata, pengamal
perubatan tradisional memberitahunya, penyakit mental anaknya boleh diubati dengan meminum air serbuk tengkorak wanita.

“Saya hanya mengambil tengkorak wanita kerana diberitahu ia sangat mujarab untuk mengubati penyakit anak saya,” katanya.

Fu mengakui keadaan anaknya tidak berubah walaupun meminum air serbuk tengkorak berkenaan beberapa kali. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan