Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Curi rokok mahu beli tiket pulang beraya

ROKOK yang dicuri
ROKOK yang dicuri

Shanghai: Seorang penganggur merempuh pintu pasar raya mencuri lebih 75 karton rokok dan peti besi berisi lebih 140,000 yuan (RM81,000) semata-mata mahu membeli tiket pulang untuk sambutan Tahun Baru Cina.

Lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai Jiang itu itu ditahan polis di tapak pembinaan. Dia yang berasal dari Hunan datang ke bandar ini tiga tahun lalu untuk bekerja, namun berhenti baru-baru ini.

Jiang cuba memecah masuk ke pasar raya terbabit, namun apabila gagal bertindak drastik merempuh pintu masuk menggunakan badannya sehingga pecah.

Dia kemudian merampas rokok bernilai 30,000 yuan (RM17,000) serta beberapa minuman tanpa alkohol.

Jiang juga mengambil peti besi kedai itu, tetapi apabila gagal membukanya dia selamba membawanya keluar dengan diusung di atas bahunya.

Hasil jualan rokok itu, Jiang berjaya membeli tiket kereta api kelas pertama untuk pulang ke kampung. Malangnya, rakaman CCTV membawa polis kepadanya di tapak pembinaan berhampiran.

Lebih malang lagi, sehingga ditangkap dia masih gagal membuka peti besi itu. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan