Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Curi motorsikal, lelaki dipenjara dan didenda

6:05pm 04/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 76 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki dihukum 18 bulan penjara dan denda RM 2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini hari ini atas kesalahan mencuri sebuah motorsikal jenis Yamaha.

Tertuduh, Erwan Sageh yang dibawa ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengaku telah melakukan kesalahan tersebut di Masjid Jamek, Kg. Likas, pada jam 4.30 petang, 15 Februari lalu.

Tertuduh dihukum di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Menurut fakta kes, siasatan awal mendapati pengadu meletakkan motorsikal tersebut di tempat cuci kereta dan telah menyerahkan kunci tersebut kepada anak pengadu. Anak pengadu kemudiannya mengatakan bahawa motorsikal tersebut dilarikan oleh orang yang tidak dikenali.

Dalam mitigasi, tertuduh yang diwakili oleh peguam dari YBGK berkata anak guamnya kesal dengan perbuatan yang dilakukan itu dan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan