Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,679

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Curi: Geng Itam dan Geng Mon tumpas

3:30pm 19/08/2016 Leolerry Lajius 496 views Jenayah,Tempatan
Azhar menunjukkan barangan milik saspek yang dirampas pihak polis.

Azhar menunjukkan barangan milik saspek yang dirampas pihak polis.

KOTA KINABALU: Pihak polis berjaya menumpaskan dua kumpulan yang bergerak aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi dengan tertangkapnya sembilan orang suspek termasuk seorang wanita di sekitar bandar Kota Kinabalu dan Inanam yang menjadi anggota kepada Geng Itam dan Geng Mon.

Kesemua saspek merupakan warga tempatan yang berusia antara 15 hingga 34 tahun dan lapan orang daripada tangkapan tersebut didapati positif dadah manakala tiga saspek mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah SUPT Mohd Azhar Hamin, suspek terlibat dengan lima kes jenayah pecah pejabat dan tiga kes pecah kedai di kawasan Karamunsing, Luyang, Tanjung Aru dan Inanam serta satu kes yang mendatangkan kecederaan di Kota Belud dengan anggaran kerugian RM71,000.00.

“Ketika tangkapan dilakukan pihak polis juga turut merampas barangan milik suspek yang bernilai RM35 ribu dan ekoran tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan lima kes pecah pejabat dan tiga kes pecah kedai,”katanya.

Azhar turut menyeru orang ramai agar memasang CCTV di kawasan pejabat atau kedai dan memasang grill serta memaklumkan kepada pihak polis jika ternampak mana-mana individu atau kenderaan yang mencurigakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda dan sebat.

Bagi saspek yang didapati positif dadah kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)Akta Dadah Berbahaya 1952.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Azhar menunjukkan peralatan yang digunakan mangsa melakukan jenayah.

Azhar menunjukkan peralatan yang digunakan mangsa melakukan jenayah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan