Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Curi ambulans balik rumah

AMBULANS yang dicuri Lisa sebelum dijejak menggunakan GPS.
AMBULANS yang dicuri Lisa sebelum dijejak menggunakan GPS.

Cincinnati (Amerika Syarikat): Seorang pesakit ditangkap selepas mencuri ambulans untuk pulang selepas dibenarkan keluar dari hospital hanya kerana terlepas bas.

Lisa Carr, 43, mencuri ambulans Universiti Cincinnati yang tidak digunakan itu pada lewat Khamis dan memandunya 15 kilometer pulang ke rumahnya di Springfield Township.

Ketua Polis Springfield Township Rob Browder berkata, Lisa cuma mahu pulang ke rumahnya selepas tertinggal bas.

“Kebetulan ambulans itu kosong, tetapi enjin dihidupkan jadi dia terus mengambil kenderaan itu,” katanya.

Pemandu ambulans itu melaporkan kecurian berkenaan sebelum kenderaan terbabit akhirnya dijejak menggunakan GPS. Kejadian berlaku ketika pemandu terbabit menghantar pesakit ke dalam hospital. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan