Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Curang Punya Pasal, Wanita Maut Ditikam Kekasih

KUCHING – Akibat curang, seorang lelaki sanggup menikam sehingga mati kekasihnya sebelum bertindak cuba membunuh dirinya di sebuah bilik sewa di Pusat Komersial Liang Kee, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun itu ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dan dipercayai ditikam dengan pisau di bahagian leher.

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek yang berusia 25 tahun cuba mendapatkan bantuan orang awam untuk menghantarnya ke hospital berdekatan selepas kejadian.

 

Menurutnya, suspek ditemui dengan kecederaan parah di badan dan siasatan mendapati suspek cuba membunuh diri selepas kejadian itu.

“Orang ramai yang curiga dengan keadaan suspek yang ditemui dengan berlumuran dadah menghubungi polis kira-kira jam 3.45 pagi.

“Hasil siasatan polis mendapati suspek mengaku membunuh teman wanitanya kerana mendakwa mangsa curang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan