Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cungkil mata isteri

HOU ketika dirawat di hospital di Henan.
HOU ketika dirawat di hospital di Henan.

Beijing: Seorang wanita kini terpaksa menjalani kehidupan dengan sebelah mata sahaja selepas suaminya yang kaki botol mencungkil satu matanya.

Lelaki berkenaan yang melakukan kekejaman itu ketika mabuk, bagaimanapun gagal membunuh isterinya apabila anak mereka berusia lima tahun memaklumkan kejadian berkenaan kepada jiran tetangga.

Kejadian berlaku di bandar Weihui di wilayah Henan, tengah China.

Wang Baojiang dilapor menyerang isterinya Hou Xiaoping selepas menghabiskan masa sepanjang hari minum arak.

Dia dikatakan berang tiba-tiba dan mencungkil mata isterinya selepas menendang dan memukul mangsa. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan