Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cuma PATI, bukan mahu tuntut wang tebusan

8:07pm 19/06/2016 Pak Roshan 1370 views Jenayah,Mutakhir
ANTARA pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan dalam Op Bersepadu di Kota Kinabalu.- Foto Mohd Ruzaini Zulkepli

ANTARA pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan dalam Op Bersepadu di Kota Kinabalu.- Foto Mohd Ruzaini Zulkepli

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan menahan empat lelaki warga Filipina yang dikesan masuk ke negara ini secara haram melalui perairan Nunuyan, dekat Sandakan, petang semalam.

Ketika ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira jam 6.20 petang, mereka mendakwa mahu ke Sandakan bagi menuntut wang tebusan berkaitan pembebasan empat kru kapal warga Malaysia, minggu lalu.

Bagaimanapun, keempat-empat suspek yang menaiki sebuah bot dari arah Pulau Tawi-Tawi di Jolo, selatan Filipina, dipercayai hanya mereka-reka cerita berikutan panik selepas ditahan oleh pihak berkuasa kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata keempat-empat lelaki berkenaan tiada kaitan dengan tuntutan wang tebusan seperti didakwa mereka.

“Keempat-empat suspek ini ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri untuk masuk ke negara ini dan tiada kaitan dengan tuntutan wang tebusan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan bot mereka turut dirampas mengikut Seksyen 49A akta sama.

Pada 8 Jun lalu, empat warga Malaysia, Wong Teck Kang, 31; Wong Teck Chi, 29; Wong Hung Song, 34; dan Johnny Lau Jung Hien, 21; dibebaskan selepas lebih dua bulan berada dalam tawanan kumpulan penculik.

Kempat-empat kru kapal tunda MASSIVE 6 itu dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Ligitan berhampiran Semporna pada 1 April lalu.

Pada 15 Jun lalu, jurucakap keluarga mangsa mendakwa membayar wang tebusan RM12 juta bagi membebaskan semua mangsa. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan