Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Cuma cari publisiti’

jimmy

KLANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam diberitahu pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga anaknya Zahrah Rania Shanley, sebaliknya hanya mahukan publisiti.

Bekas ibu mentua selebriti itu, Datin Muniroh Kassim, 53, berkata, ketika membawa Zahrah Rania yang berusia dua tahun bertemu Jimmy di pusat beli-belah The Curve, Damansara, kira-kira dua bulan lalu, Jimmy langsung tidak cuba memeluk atau mencium Zahrah.
“Ketika itu, Jimmy bersama seorang perempuan yang kini sudah menjadi isterinya. Jimmy tidak cuba untuk mendekati anaknya tetapi sekadar mencari publisiti,” katanya pada perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Mawardi Che Man.

Pada 7 Mei 2013, Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 34, memfailkan permohonan perintah komital (pemenjaraan) terhadap bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimi yang didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah membabitkan hak lawatan dan bermalam dengan anak perempuan tunggalnya.
Pemohon mendakwa gagal berjumpa anaknya walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya yang kini berusia dua tahun 11 bulan.
Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah memberikan hak jagaan penuh Zahrah Rania kepada Nursuhaila Eliani tetapi Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam dengan anaknya pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu selain kebenaran menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama Zahrah Rania bermula tahun 2013 secara bergilir dengan Nursuhaila Eliani.

Nusuhaila Eliani diwakili Saadiah Din manakala Jimmy diwakili Mohd Noor Aizan Md Idrus.
Muniroh yang juga pengasas dan usahawan produk kecantikan berkata, beliau tidak pernah menghalang Jimmy bertemu anaknya tetapi cucunya itu akan menangis dan tidak mahu ditinggalkan bersama Jimmy.

Katanya, Jimmy jarang berjumpa dan sudah lama tidak menjenguk cucunya itu di rumahnya.
“Dia tidak pernah menelefon bertanya khabar anak, malah ketika Zahrah Rania dimasukkan ke Hospital Pantai, Jimmy hanya datang menziarahi kira-kira lima minit dan kali terakhir saya bawa Zahrah Rania ke mahkamah pada 21 Mei lalu tetapi dia terus balik, tidak berjumpa atau melihat anaknya,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan