Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cuma 25,024 OKU Berdaftar Di Sabah Sehingga Julai 2016 – Jainab

11:40am 01/08/2016 Pak Roshan 45 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

jainab

KOTA KINABALU : Seramai 25,024 orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) didaftarkan di Sabah sehingga Julai tahun ini dan daripada jumlah itu, 4,434 orang adalah di Kota Kinabalu, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Jainab percaya masih ramai golongan OKU belum didaftarkan dan meminta ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anggota keluarga OKU agar mendaftrkan mereka demi kebaikan dan masa depan golongan OKU berkenaan.

“Saya ingin ingatkan di sini, sama ada anda orang kaya atau orang miskin, daftarlah (anggota keluarga OKU anda) kerana dengan mendaftar mereka, orang istimewa ini ada keistimewaannya. Contohnya dapat potongan 50 peratus untuk penerbangan atau pelayaran,” katanya.

Jainab berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kembara Kerjaya Sabah, Konvoi Kembara dan Karnival Pekerjaan 2016 di sini hari Ahad.

Menurut Jainab sekiranya seseorang OKU berkenaan berdaftar dan bekerja serta pendapatanya RM1,200 ke bawah untuk di Sabah, pekerja OKU itu akan diberi bantuan sebanyak RM300 lagi oleh kerajaan.

Bagaimanapun katanya sekiranya ibu bapa ‘menyorok’ anak OKU mereka di rumah tanpa memberi mereka pendedahan atau kemahiran, ia akan merugikan dan mensia-siakan masa depan anak OKU mereka sendiri.

“Sebab itu, saya cadangkan kepada ibu bapa supaya jangan sorokan anak-anak OKU di rumah. Kalau tidak mampu menjaga anak OKU mereka, hantar mereka ke pusat latihan OKU seperti di Sembulan,” katanya.

Katanya ibu bapa tidak sepatutnya perlu malu untuk menghantar anak OKU mereka ke pusat latihan kerana hasrat kerajaan ialah untuk membantu meringankan beban ibu bapa dan pada masa sama memberi masa depan lebih baik kepada anak OKU berkenaan.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan