Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Culture Blizt Bantu Promosi Budaya, Seni Tempatan

2:07pm 28/11/2016 Leolerry Lajius 8 views Kota Kinabalu,Pelancongan,Tempatan
Persembahan kebudayaan tempatan oleh kumpulan Muzik Asli .PENERANGAN

Persembahan kebudayaan tempatan oleh kumpulan Muzik Asli .PENERANGAN

Kota Kinabalu: Program ‘Culture Blizt’ membantu mempromosikan kebudayaan dan kesenian masyarakat tempatan dan Malaysia amnya kepada para pelancong.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar Kebudayaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK), Zubaidah Mukhtar berkata, program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan juga pelancong.

“Program ini julung kali diadakan di Sabah dan ia adalah program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah Pelan Transformasi KPK.

“Kita bersyukur kerana ia mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja daripada peserta iaitu pempamer tetapi juga orang ramai yang terdiri daripada pelancong luar dan tempatan.

“Sabah dipilih sebagai lokasi keempat penganjuran program ini kerana Sabah kaya dengan etnik budaya yang boleh diketengahkan kepada pelancong,” katanya ketika ditemui media di Pusat Membeli Belah Center Point, pada Ahad.

Zubaidah berbual mesra bersama salah seorang pempamer kraftangan. PENERANGAN

Zubaidah berbual mesra bersama salah seorang pempamer kraftangan. PENERANGAN

Selain pameran, program sebentar tadi turut dimeriahkan dengan persembahan Kumpulan Muzik Asli dan tarian tradisi berkonsepkan ‘Malaysia Truly Asia’ selain peragaan produk tekstil Malaysia seperti batik, manik, demostrasi mencanting batik.

Program Culture Blizt berlangsung sehari, manakala pameran kraftangan akan berterusan sehingga 30 November ini./PENERANGAN-

Antara pengunjung yang hadir, Edwan Abo, 24 sedang menmcuba peralatan menyumpit atau Efut dalam bahasa Lundayeh. PENERANGAN

Antara pengunjung yang hadir, Edwan Abo, 24 sedang menmcuba peralatan menyumpit atau Efut dalam bahasa Lundayeh. PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan