Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Culik Wanita Kerana Rimas Diajukan Soalan Kahwin

culikk

CHINA – Selepas diasak oleh ibu bapanya kerana masih belum berkahwin, seorang lelaki Liu Hung, 32, telah menculik seorang wanita dengan hasrat untuk memperdayakan ibu bapanya bahawa dia sudah berkahwin.

Liu, menunggu di tepi jalan dan apabila melihat calon isteri yang sesuai, dia kemudiannya menculik wanita itu dan membawanya ke rumah. Selepas mengikat tangan dan menutup mulut wanita itu, Liu telah mengatur majlis perkahwinan.

Bagaimanapun wanita berkenaan berjaya membuka ikatan di tangannya dan dengan menggunakan telefon di rumah Liu, dia menghubungi teman lelakinya.

Polis berjaya mengesan kedudukan wanita tersebut melalui nombor telefon yang digunakannya.

Pihak berkuasa kemudiannya menangkat Liu di rumah ketika dia membawa balik dokumen perkahwinan mereka.

Setelah ditangkap, Liu mengaku berbuat demikian kerana hanya dia seorang dalam keluarganya yang belum berkahwin dan ini menyebabkan kesukaran kepadanya ketika pulang ke kampung.

Komen


Berita Berkaitan