Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CULIK DIRI – KAKITANGAN AWAM DIPENJARA 20 BULAN

pic-26

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan awam yang bertindak menculik dirinya sendiri akibat kesempatan wang diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 20 bulan oleh Mahkamah Majisteret pada Jumaat.

Mohd Shukri Abdullah, 33 tahun yang tidak diwakili peguam telah menipu isterinya yang berusia 31 tahun melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan mendakwa dia telah diculik oleh sekumpulan lelaki dan menuntut wang tebusan sebanyak RM5,000 untuk dimasukkan ke dalam akaunnya sendiri.

Beliau melakukan kesalahan itu pada 7 Mei kira-kira jam 4 pagi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan mendakwa kesalahan itu dilakukan akibat tekanan dan memerlukan wang untuk membayar ansuran rumah.

Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr menjatuhkan hukuman itu dibawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala itu, terdahulu dalam rayuannya, Mohd Shukri meminta mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana ketika itu beliau berada dalam keadaan tertekan dan memerlukan wang.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Syarin Ali Bagaimanapun meminta mahkamah untuk menjatuhi hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Komen


Berita Berkaitan