Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Culik didalangi warga asing

bangau3

KUANTAN : Tujuh lelaki bersenjatakan parang panjang dan sepucuk pistol yang gagal menculik seorang pengusaha pusat penternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah awal pagi semalam, dipercayai dari selatan Filipina.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berdasarkan siasatan dan bukti-bukti yang diperoleh pihak berkuasa.

“Kejayaan mematahkan cubaan culik itu merupakan usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan penyelaras operasi di Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dan juga kawasan tanggungjawab di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).

“Kami merasakan apa yang harus dilakukan bukan hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sahaja.

“Kami menggunakan kepolisan komuniti dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta lain-lain badan sukarelawan untuk membantu.

“Kita harap sebarang maklumat disalurkan dengan segera kepada pusat-pusat penerimaan maklumat yang telah diwujudkan Esszone,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Restoran Hyderabad Recipe di sini malam tadi. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam kejadian itu, tujuh lelaki bersenjatakan parang panjang dan sepucuk pistol terpaksa ‘berputih mata’ apabila cubaan untuk menculik seorang pengusaha sebuah pusat penternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau-Bangau, Semporna awal pagi semalam, gagal apabila mangsa tiada di situ.

Ini berikutan langkah awal Pasukan Polis Marin (PPM) dan Esscom yang mengarahkan semua pemilik penternakan ikan supaya keluar dan bermalam di pekan Semporna untuk mengelak sebarang kemungkinan.

Di KOTA KINABALU, pasukan keselamatan tidak menolak kemungkinan tujuh lelaki bertopeng yang gagal melakukan jenayah culik di perairan Semporna, awal pagi semalam, telah meloloskan diri ke selatan Filipina.

Menurut sumber keselamatan, setakat ini pasukan keselamatan tidak mempunyai sebarang maklumat kedudukan suspek.

“Namun dengan kekuatan enjin bot 200 kuasa kuda, kita percaya mereka telah berada di selatan Filipina iaitu sama ada di Sitangkai atau Sibutu, Tawi-Tawi. Kekuatan enjin itu membolehkan suspek untuk sampai ke dua lokasi berkenaan dalam tempoh 40 hingga 60 minit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambah sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek tidak akan melalui pesisir pantai dan kawasan bakau untuk meloloskan diri kerana berdasarkan enjin 200 kuasa kuda yang digunakan kumpulan tersebut, bot berkenaan berkemungkinan tersangkut di kawasan cetek.

Komen


Berita Berkaitan