Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cukur rambut bantah pampasan

KELUARGA mangsa nahas feri Sewol mencukur rambut tanda protes.
KELUARGA mangsa nahas feri Sewol mencukur rambut tanda protes.

Seoul: Puluhan anggota keluarga mangsa feri Sewol yang karam di Korea Selatan tahun lalu mencukur kepala mereka beramai-ramai semalam bagi memprotes tindakan kerajaan menyelesaikan tuntutan pampasan kejadian itu.

Mereka menganggap kerajaan sepatutnya menyiasat lebih menyeluruh siapa yang patut dipertanggungjawabkan bagi nahas terbabit dan menggesa bangkai feri berkenaan dinaikkan sebelum proses menghitung pampasan dimulakan.

Antara perkara dibangkitkan termasuk kemungkinan berlaku rasuah atau kecuaian yang menjadi punca kemalangan serta jumlah kematian yang tinggi.

Sebanyak 295 mayat ditemui manakala sembilan lain masih hilang.

Kementerian Laut dan Perikanan mencadangkan pampasan 420 juta won (RM1.4 juta) bagi setiap 250 pelajar yang maut dan 760 juta won (RM2.6 juta) untuk 11 guru mereka berdasarkan usia dan anggaran keupayaan meraih pendapatan.

Dengan bayaran insurans dan derma daripada orang awam berjumlah sekitar 128.8 bilion won (RM430 juta won) ini bererti keluarga pelajar terbabit akan menerima kira-kira 820 juta won (RM2.8 juta) manakala guru 1.14 bilion won (RM3.7 juta).

Bapa, Choi Gyeong-deok menganggap kerajaan menghina mereka apabila mengumumkan perancangan bayaran pampasan sebelum siasatan dilengkapkan sepenuhnya.

“Saya mahu menerpa dan membunuh sesiapa yang begitu biadap dan sanggup bercakap mengenai wang setahun selepas kematian anak kami,” katanya.

Seorang pegawai kementerian yang enggan dinamakan berkata perancangan pampasan itu ‘muktamad buat masa ini’ namun tidak menolak kemungkinan perbincangan lanjut akan diadakan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan