Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Cukup sepasang dulu’

PENYANYI, Adira Suhaimi. – Foto Mahzir Mat Isa

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi menganggap kehadiran anak kedua, Asan, melengkapi rumah tangga yang dibina bersama usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, sejak tiga tahun lalu.

Memiliki sepasang cahaya mata termasuk Anggrek, iaitu anak sulung yang berusia setahun, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 27, merancang kembali aktif.

“Alhamdulillah… Sudah ada sepasang. Disebabkan kedua-dua anak lahir menerusi pembedahan, jadi saya tidak merancang menambah lagi cahaya mata.

“Insya-Allah, selepas ini saya nak kembali aktif dalam bidang seni.

“Namun, tunggu anak besar sedikit barulah saya akan fikirkan perancangan karier seni…. Rindu nak menyanyi balik,” katanya kepada BH Online.

Adira melahirkan Asan di sebuah pusat perubatan swasta di Sungai Buloh, pada jam 10.21 pagi semalam.

ADIRA berkongsi wajah Asan di Instagram. Asan dilahirkan pada jam 10.21 pagi semalam. – Foto ihsan IG Adira

Melalui proses pembedahan melahirkan Asan seminggu lebih awal, Adira berkata, atas sebab tertentu dan saranan doktor, dia terpaksa dibedah.

Kali kedua dibedah, penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu ini mengaku sukar menempuhi saat kehamilan lagi.

“Disebabkan kedua-dua anak lahir melalui pembedahan, saya terpaksa jarakkan kandungan. Insya-Allah kalau dikurniakan rezeki lagi, mungkin selepas tiga tahun hamil semula,” katanya.

Sehubungan itu, Adira mahu memberi sepenuh perhatian kepada kepada kedua-dua buah hati tersayang.

“Insya-Allah, kalau keadaan anak dan saya okay, saya tak lama di hospital. Doakan yang baik-baik untuk saya, mudah-mudahan saya dan anak sihat,” katanya.

Memilih nama Asan untuk cahaya mata keduanya itu, Adira berkata, tidak ada signifikan pada nama terbabit, cuma senang dan mudah untuk menyebut.

“Seperti juga Anggrek, Asan mudah untuk orang sebut dan panggil. Saya suka nama yang ringkas dan cukup satu perkataan saja sebab orang akan senang ingat. Selain itu, agak comel kalau nama singkat begini,” katanya.

Adira berkata, dia akan menjalani proses berpantang di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor. Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan