Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Percubaan seludup syabu RM383,000 gagal

LAGI RAMPASAN DADAH.... Janathan menunjukkan dadah Syabu yang dirampas daripada suspek yang berasal dari Semenanjung.
LAGI RAMPASAN DADAH…. Janathan menunjukkan dadah Syabu yang dirampas daripada suspek yang berasal dari Semenanjung.

KOTA KINABALU – Percubaan seorang lelaki menyeludup masuk dadah jenis Methamphemine ke negeri ini gagal selepas suspek berjaya diberkas oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal Dua, di sini pada Jumaat lepas.

Pengarahnya Datuk Janathan Kandok berkata, suspek berumur dalam lingkungan 20an itu ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan semasa tiba melalui penerbangan dari Semenanjung Malaysia, pada jam 10.00 pagi Jumaat.

“Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak Kastam mendapati suspek menyembunyikan dadah Methamphemine atau Syabu seberat 2.021 kilogram di dalam bag galas yang dibawa oleh lelaki itu yang dianggarkan bernilai RM383, 990,” katanya pada sidang media di Wisma Kastam, di sini hari ini.

Katanya, suspek kemudian diserahkan kepada polis Cawangan Narkotik untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952  yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau turut meminta orang ramai agar memberikan kerjasama ketika menjalani pemeriksaan oleh anggota Jabatan Kastam yang bertugas di lapangan terbang.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah bagi mengelak hukuman berat dikenakan terhadap mereka.

“Kes dadah adalah satu jenayah berat,” tegas beliau. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan