Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cubaan seludup minyak masak RM57,000 ke Filipina gagal

Anggota PPM Sandakan memeriksa bot yang dipercayai cuba menyeludup minyak masak ke Filipina.- Gambar ihsan PPM Sandakan
Anggota PPM Sandakan memeriksa bot yang dipercayai cuba menyeludup minyak masak ke Filipina.- Gambar ihsan PPM Sandakan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan mematahkan cubaan menyeludup 1,200 kotak minyak masak dianggarkan bernilai RM57,000 ke Filipina menerusi sebuah jeti di Lupak Meluas, dekat sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 10 pagi itu, PPM menahan seorang lelaki warga tua berusia 66 tahun yang dipercayai juragan bot berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata sepasukan anggota melakukan tugas Ops Pensura dan memeriksa sebuah bot yang berlabuh di jeti berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di bot terbabit membawa kepada penemuan minyak masak dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM547,600 termasuk bot,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Anggota PPM Sandakan memeriksa bot yang dipercayai cuba menyeludup minyak masak ke Filipina.- Gambar ihsan PPM Sandakan
Anggota PPM Sandakan memeriksa bot yang dipercayai cuba menyeludup minyak masak ke Filipina.- Gambar ihsan PPM Sandakan

Komen


Berita Berkaitan