Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cubaan seludup keluar tong gas, gagal

Angotta PPM Tawau dan juragan bot laju yang ditahan menunjukkan tong gas yang dirampas dalam kes tersebut.
Anggota PPM Tawau dan juragan bot laju yang ditahan menunjukkan tong gas yang dirampas dalam kes tersebut.

TAWAU: Cubaan seorang lelaki warga tempatan, 20, untuk menyeludup keluar sejumlah 25 tong gas, dipercayai ke negara jiran gagal apabila bot lajunya berjaya dikejar Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di Sungai Haji Kuning pada jam 8 pagi tadi.

Menurut Komander PPM Sabah, ACP Mohamad Madun, sepasukan anggotanya yang sedang dalam rondaan Op Paradise bertindak mengejar bot laju yang mencurigakan dan berjaya menahannya untuk diperiksa.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot laju itu, sejumlah 16 tong gas Shell dan sembilan tong gas Petronas ditemui di dalamnya tetapi juragan berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen berhubung tong-tong gas yang dibawanya,” katanya.

Tambahnya, juragan itu turut ditahan atas kegagalannya menunjukkan lesen perniagaan mahupun sijil kawalan bekalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK).

Turut dirampas, katanya, bot laju dan enjinnya serta kesemua barang kawalan tersebut yang dianggarkan bernilai RM32, 500. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 (4) Akta Kawalan Bekalan 1961.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan