Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cubaan seludup buah, benih, racun serangga RM100,000 gagal

9:39pm 22/06/2016 Pak Roshan 125 views Jenayah,Mutakhir
SEBAHAGIAN daripada barang yang dirampas PPM di kawasan muara Sungai Haji Kuning, Tawau, pagi semalam.

SEBAHAGIAN daripada barang yang dirampas PPM di kawasan muara Sungai Haji Kuning, Tawau, pagi semalam.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan tiga individu termasuk seorang wanita warga asing menyeludup keluar buah-buahan, benih dan racun serangga mencecah RM100,000 ke negara jiran, dalam dua kes berasingan di muara Sungai Haji Kuning, di sini pagi, semalam.

Semua suspek berusia 21 hingga 58 tahun itu ditahan dalam rondaan pemantauan dan Ops Paradise di kawasan muara sungai berkenaan antara jam 8.30 pagi hingga 9 pagi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata nilai keseluruhan rampasan untuk kedua-dua kes berkenaan adalah sebanyak RM103,500 dan kes disiasat mengikut Seksyen 49(3) Akta Kastam 1967.

Katanya, dalam kes pertama, seorang lelaki tempatan yang juga juragan dan wanita warga asing (penumpang) menggunakan bot laju ditahan dalam tugas rondaan Ops Paradise di muara sungai itu kira-kira jam 8.30 pagi.

“Siasatan ke atas bot laju mereka menemui 110 kotak berisi pelbagai jenis buah-buahan seperti epal, pear dan oren yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Penumpang bot laju itu juga gagal mengemukakan surat atau dokumen isytihar  Kastam untuk membawa keluar barangan berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan untuk kes pertama termasuk bot laju dan enjin sangkut adalah sebanyak RM24,700.

“Sementara itu dalam kes kedua yang membabitkan penahanan seorang lelaki berusia 21 tahun, kita merampas 600 tin benih lobak, 10 kotak racun serangga, lima unit `Gasoline Power Tiller’  dan masing-masing satu bot laju dan enjin sangkut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan bagi kes kedua adalah sebanyak RM78,800. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan