Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cubaan Seludup 748 Karton Rokok Digagalkan APMM Sandakan

9:22pm 18/04/2016 Pak Roshan 357 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

SANDAKAN :Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Sandakan (DM17) merampas sejumlah 748 karton rokok cuba diseludup masuk ke daerah ini dari negara jiran, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Sandakan Kapten Maritim A. Razak Abdul Rahman berkata sebuah bot pancung dikesan berhampiran Pulau Tanjung Aru pada 8.30 malam.

“Bot berkenaan meluncur laju ke arah pesisir pantai dan tekong bertindak terjun ke laut meninggalkan bot tersebut sebaik sahaja dihampiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya hasil pemeriksaan terhadap bot yang menggunakan enjin sangkut itu, menemui 34 karung hitam berisi 748 karton rokok dianggarkan bernilai RM82,000.

Menurutnya ini adalah kejayaan kedua DM17 menggagalkan cubaan seludup rokok pada tahun ini selepas kejayaan pertama pada bulan lepas melibatkan anggaran RM412,000.

Beliau berkata kesemua barang rampasan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Sandakan dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan