Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cubaan seludup 2,550 paket minyak masak gagal

LELAKI warga tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) ketika cuba menyeludup keluar 150 kotak minyak masak di kawasan perairan Tanjung Batu, Tawau. – Foot ihsan PPM

 

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 150 kotak mengandungi 2,550 paket minyak masak dalam satu operasi di perairan Tanjung Batu, di sini, petang semalam.

Barangan bersubsidi bernilai RM6,375 itu ditemui selepas sepasukan anggota PPM yang menjalankan Ops Landai Khas memeriksa sebuah bot jongkong yang sedang dalam pelayaran ke Pulau Sebatik, kira-kira jam 6 petang.

Pegawai Memerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazri Ibrahim, berkata bot berkenaaan yang dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua barang yang dibawa itu tidak memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Nazri berkata, pihaknya percaya minyak masak bersubsidi itu cuba diseludup keluar untuk dipasarkan di negara jiran, Indonesia.

“Turut disita sebuah bot jongkong bersama dua unit enjin sangkut jenis Yamaha 40hp (kuasa kuda) dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM51,650.

“Suspek ditahan dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – Oleh Abdul Rahemang Taiming/BH Online

Komen


Berita Berkaitan